![]() |
| penguin mengeram telur.. |
sumber makanan terdekat sangat ja0h.. kira2 dua hari perjalanan.. si jantan kehilangan separuh daripada berat badannya akibat hanya berdiam diri selama 4 BULAN tanpa makan ape2.. dan paling menabjukkan si jantan x pernah meninggalkan telurnya dan cube untuk duduk berehat seketika.... TIDAK PERNAH... tibe musim bunga.. barulah tel0r itu selamat menetas... si jantan masih lagi menjaga anaknya walaupun telah menahan lapar selama 4 bulan.. si jantan akan memberikan susunya sebagai makanan pertama anaknya... beberapa ketika selepas itu.. si betina balik selepas pulang dari mencari makanan dan memburu.. si betina ter0s mengambil tugas si jantan untuk menjaga anaknya.. manakala si jantan terus pergi untuk mencari bekalan makanan untuk mereka berdua
![]() |
| keluarga... |
tapi.. kekadang... ade penguin betina yang akan mati ketika mencari makanan di lautan.. ini kerana bekalan makanan di lautan tidak mengcukupi... kadang2 tersekat di enjin2 kapal... menjadi 'lauk' pemangsa... menyebabkan si jantan dan anak yang menunggu di daratan mati kelaparan.. betapa besarnya peng0rbanan si jantan dan si betina untuk menjaga anaknya agar dilahirkan dalam keadaan sempurna
ada kadang kala... si betina akan mencari makanan di luar sempadan memakan masa yang lebih lama untuk berada di lautan.. dan ini menyebabkan anak yang baru menentas mati kebuluran setalah si suami pula pergi mencari makanan kerana menunggu telalu lama kepulangan si betina takut2 anaknya akan mati kebuluran.. pulangnya si betina hanya dalam keadaan sedih setelah melihat bangkai anaknya.. lalu si betina pergi semula ke laut untuk mencari si jantan ...
Jika kita di situasi penguin ini, adakah kita akan mengeluh atau pun bersabar?
Mungkin juga kita akan mengeluh kerana terpaksa mencari rezeki berbatu jauhnya dan berjauhan dengan keluarga atau pun bersedih kehilangan anak yang disayangi. Jika kita adalah ibu bapa, mampukah kita menerapkan nilai kasih sayang seperti mana yang ditunjukkan oleh penguin ini? Ironinya, ada manusia kini ada yang sering merungut tugasan kerja yang banyak sehingakan tiada masa untuk menguruskan keperluan di rumah. Walaupun di zaman serba canggih ini dengan seribu satu mesin untuk memudahkan kerja manusia, namun masih ada yang merungut. Bersyukurlah kita seadanya dengan segala nikmat kurnia-Nya. Kita masih ada mata untuk melihat dan membaca, kita masih ada tangan dan kaki untuk mencari rezeki.
Kita bersyukur kerana dilahirkan sebagai manusia khalifah di muka Bumi ini. Namun, sejauh mana amanah yang kita pikul ini terlaksana. Ada segelintir kita yang sering mengeluh dibebani ujian hidup dan sering menyalahkan takdir. Adakah kita mampu meneruskan kehidupan dengan redha dan sabar apabila segala nikmat, rezeki dan ahli keluarga ditarik? Mungkin sukar tetapi itulah ujian dari-Nya. Ujian inilah yang menguji keimanan setiap hamba-Nya. Apabila kita ditimpa ujian, ingatlah ia adalah tarbiyyah dari Allah. Takkan sesekali diuji hamba-Nya dengan bebanan yang tidak mampu dipikul hamba-Nya.
Hidup ini tidak selalunya dihujani ujian. Tanpa kita sedari, nikmat-Nya datang menghapuskan epilog sedih. Ya Allah, sesungguhnya banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami. Tetapi mungkin kita yang tidak menyedarinya. Kita yang tidak mensyukurinya. Kita yang tidak pernah berpuas hati dengan nikmat itu. Teringat ada pepatah mengatakan "Melihat kehidupan insan lain boleh menjadi ikhtibar pada diri kita. Untuk belajar bersyukur, kita kena lihat kehidupan orang yang lebih susah daripada kita supaya ia mengingatkan kita bahawa ada lagi insan yang lebih malang dan memerlukan pertolongan...". Mungkin di mata kita, penguin itu hanyalah seekor haiwan yang lemah tetapi di sebalik kisah hidupnya, ada ikhtibar dan pengajaran yang boleh kita pelajari. Tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu melainkan dengan menyuruh manusia itu berfikir.











0 comments:
Post a Comment